GoOd NeWs

Tuesday, October 25, 2011

BORNEO BIG BIKE FESTIVAL 2011



Assalammualaikum Warahmatullahir Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia..


Untuk pengetahuan semua ahli dalam Photography & Arts, segala kelengkapan untuk event Samarahan's Bikes 2011 ya adalah disponsor oleh pihak penganjur. daripada khemah, kerusi, meja, elektrik hinggalah ke hadiah untuk Ratu Bikes klak. Ini semua adalah atas kerjasama yang terbaik antara sidak bikes dan group member pada event yang terdahulu.


Dengan semangat ingin mengeratkan lagi silaturahim antara kita, sidaknya sekali lagi memberi kepercayaan pada Photography & Arts untuk turut serta menjayakan acara di Samarahan ya. Orang yang harus kita berterima kasih adalah kepada Sal Asri dan Wak Asriey kerana begitu bertungkus lumus untuk menjadikan ini satu realiti dan bukannya fantasi. Sampey terdemam-demam sidak duak..


Terima kasih juga kepada Infinity Art (Kasz Mural) atas kerjasama yang begitu baik sekali. Banyak sumbangan yang Inifinity Art berikan dari segi teknikal dan support. Infinity Art juga telah bersetuju untuk menjadikan studionya tempat ahli-ahli berkumpul untuk membincangkan sesuatu majlis yang akan dilangsungkan.


Untuk pengetahuan, kos pembuatan banner adalah ditanggung setengah harga oleh Infinity Art yang mana harganya menjadi RM50 sahaja (selepas ditolak setengah harga). Manakala, kos untuk pembuatan  PASS kita Infinity Art memberi secara percuma tiada bayaran. Tapi memandangkan harga untuk banner adalah RM50 yang perlu dibayar untuk group Photography & Arts, jadi besarlah kiranya kita sama-sama membayar kos untuk pembuatan PASS tersebut, walaupun Infinity Art memberi percuma tapi sebagai seorang insan yang berhemah tinggi dan berhati mulia, pihak admin-admin telah bersetuju sebulat suara agar yang mahu PASS tersebut dikenakan bayaran serendah RM2 sahaja. Duit tersebut akan digunakan untuk membuat Banner Photography & Arts. Ia adalah harga paling murah dalam pembuatan sesebuah PASS untuk mana-mana majlis. Jadi anggaplah duit tersebut satu sedekah kita untuk kearah kebaikkan dan Insya Allah akan dirahmatiNYA.

PASS yang dah siap akan diberi seawal Jumaat 28/10/2011, tempat mengambil adalah di Infinity Art (Jalan Satok, sebelah CELCOM) dan hanya yang dah membayar RM2 sahaja akan dapat PASS tersebut. Faktor utama hari tersebut menjadi tarikh pengambilan PASS adalah kerana ini menjemput ahli-ahli bersama-sama kita ke lokasi event itu dan berganding bahu menyediakan apa yang perlu di booth kita. Pada sesiapa yang ada gambar untuk dipamerkan, sama-samalah kita akan mengatur kedudukan gambar yang hendak dipamerkan dan dijual dengan harga yang berpatutan. Perlu diingatkan, YB akan melawat booth Photography & Arts dan beramah mesra dengan ahli-ahli yang ada. Ni tauk, untung sabut kita, YB rindok ati nangga apa yang kita usahakan dan terus memberi sokongan moral dari segi teknikal ataupun yang lain-lain.

Untuk maklumat ahli  Photography & Arts, kegunaan PASS tersebut adalah untuk membolehkan anda mengambil gambar para penunggang motosikal berkuasa tinggi secara solo ataupun berkumpulan dan setiap gambar yang anda shoot adalah dibayar oleh individu yang anda shoot. Jadi setiap shutter yang anda gunakan hari tersebut adalah dibayar oleh mereka-mereka yang hendak digambar. Setiap gambar yang anda shoot boleh direct print di booth Photography & Art dimana ada 2 ahli iaitu saudara Soho Yep & Mizey. Harga terpulang pada anda sendiri sebab hasil kerja anda sendiri.

Jadi, besarlah rasa hati sekiranya dapat kerjasama dari ahli-ahli sekalian. Anggaplah apa yang akan dilangsung kelak memberi jalan kepada ahli-ahli sekalian untuk mengembangkan lagi potensi anda sebagai Photographer ataupun Artist. Bak kata pepatah orang putih "The Path Is There, It's Up To Us To Do The Rest"

Akhir sekali sebagai yang diberi amanah untuk memberi kata-kata ini, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Yang penting, kemuafakatan antara kita dan semangat untuk berkarya. Walapun perjalanan masih jauh dihadapan tapi dengan bermuafakat sesama kita, yang jauh terasa amat dekat.

Sekian terima kasih.

Assalammualaikum Warakmatuhallahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Ardy Adriana

Serikin Market