Assalammualaikum Warahmatullahir Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia..
Untuk pengetahuan semua ahli dalam Photography & Arts, segala
kelengkapan untuk event Samarahan's Bikes 2011 ya adalah disponsor oleh
pihak penganjur. daripada khemah, kerusi, meja, elektrik hinggalah ke
hadiah untuk Ratu Bikes klak. Ini semua adalah atas kerjasama yang
terbaik antara sidak bikes dan group member pada event yang terdahulu.
Dengan semangat ingin mengeratkan lagi silaturahim antara kita, sidaknya
sekali lagi memberi kepercayaan pada Photography & Arts untuk turut
serta menjayakan acara di Samarahan ya. Orang yang harus kita berterima
kasih adalah kepada Sal Asri dan Wak Asriey kerana begitu bertungkus
lumus untuk menjadikan ini satu realiti dan bukannya fantasi. Sampey
terdemam-demam sidak duak..
Terima kasih juga kepada Infinity Art (Kasz Mural) atas kerjasama yang
begitu baik sekali. Banyak sumbangan yang Inifinity Art berikan dari
segi teknikal dan support. Infinity Art juga telah bersetuju untuk
menjadikan studionya tempat ahli-ahli berkumpul untuk membincangkan
sesuatu majlis yang akan dilangsungkan.
Untuk pengetahuan, kos pembuatan banner adalah ditanggung setengah harga
oleh Infinity Art yang mana harganya menjadi RM50 sahaja (selepas
ditolak setengah harga). Manakala, kos untuk pembuatan PASS kita
Infinity Art memberi secara percuma tiada bayaran. Tapi memandangkan
harga untuk banner adalah RM50 yang perlu dibayar untuk group
Photography & Arts, jadi besarlah kiranya kita sama-sama membayar
kos untuk pembuatan PASS tersebut, walaupun Infinity Art memberi percuma
tapi sebagai seorang insan yang berhemah tinggi dan berhati mulia,
pihak admin-admin telah bersetuju sebulat suara agar yang mahu PASS
tersebut dikenakan bayaran serendah RM2 sahaja. Duit tersebut akan
digunakan untuk membuat Banner Photography & Arts. Ia adalah harga
paling murah dalam pembuatan sesebuah PASS untuk mana-mana majlis. Jadi
anggaplah duit tersebut satu sedekah kita untuk kearah kebaikkan dan
Insya Allah akan dirahmatiNYA.
PASS yang dah siap akan diberi seawal Jumaat 28/10/2011, tempat
mengambil adalah di Infinity Art (Jalan Satok, sebelah CELCOM) dan hanya
yang dah membayar RM2 sahaja akan dapat PASS tersebut. Faktor utama
hari tersebut menjadi tarikh pengambilan PASS adalah kerana ini
menjemput ahli-ahli bersama-sama kita ke lokasi event itu dan berganding
bahu menyediakan apa yang perlu di booth kita. Pada sesiapa yang ada
gambar untuk dipamerkan, sama-samalah kita akan mengatur kedudukan
gambar yang hendak dipamerkan dan dijual dengan harga yang berpatutan.
Perlu diingatkan, YB akan melawat booth Photography & Arts dan
beramah mesra dengan ahli-ahli yang ada. Ni tauk, untung sabut kita, YB
rindok ati nangga apa yang kita usahakan dan terus memberi sokongan
moral dari segi teknikal ataupun yang lain-lain.
Untuk maklumat ahli Photography & Arts, kegunaan PASS tersebut
adalah untuk membolehkan anda mengambil gambar para penunggang motosikal
berkuasa tinggi secara solo ataupun berkumpulan dan setiap gambar yang
anda shoot adalah dibayar oleh individu yang anda shoot. Jadi setiap
shutter yang anda gunakan hari tersebut adalah dibayar oleh
mereka-mereka yang hendak digambar. Setiap gambar yang anda shoot boleh
direct print di booth Photography & Art dimana ada 2 ahli iaitu
saudara Soho Yep & Mizey. Harga terpulang pada anda sendiri sebab
hasil kerja anda sendiri.
Jadi, besarlah rasa hati sekiranya dapat kerjasama dari ahli-ahli
sekalian. Anggaplah apa yang akan dilangsung kelak memberi jalan kepada
ahli-ahli sekalian untuk mengembangkan lagi potensi anda sebagai
Photographer ataupun Artist. Bak kata pepatah orang putih "The Path Is
There, It's Up To Us To Do The Rest"
Akhir sekali sebagai yang diberi amanah untuk memberi kata-kata ini,
saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung. Yang penting, kemuafakatan antara kita
dan semangat untuk berkarya. Walapun perjalanan masih jauh dihadapan
tapi dengan bermuafakat sesama kita, yang jauh terasa amat dekat.
Sekian terima kasih.
Assalammualaikum Warakmatuhallahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.
Ardy Adriana